Wednesday, December 29, 2010

Saya jarang blogging pasal LELAKI,tapi kali ini saya terpaksa

hahaha..tajuk tak boleh blah kan.Puas aku menahan untuk tidak menulis,tapi beliau sangat menarik minatku untuk menulis.Tak lain tak bukan adalah



Hai abang    adik  fahmi.Anda sangat bergaya sekali,menangkap bola dengan kemas.Tapi bolos jugak la 2 gol.Takpe dik,lain kali perbaiki sikit je,kira OK la tu.By the way,adik ni cute la.Nasib baik dah ada makwe.Melepas akak-akak kat luar ni.Wahahaha.Ni blog awek dia,cik Elia yng comel lote.-->tekan sini
(Nasihat seorang kakak yang kaki bangku kepada adik yang hebat menangkap bola.Ni mesti masa kecik-kecik pandai tangkap ikan guna tangan je kan)

Actually,aku bukan la kaki bola pun.wahahaha..Tapi biasa final mesti tengok la kan.Biasalah,kita kena tunggu klimaks,baru bagi tumpuan sepenuhnya.Tak gitu?Di samping itu kita boleh melihat players yang hot,aktif lagi cergas lagi bersemangat kelelakian.Saya suka lelaki yang aktif,sekurang-kurangnya mewakili maahad ke perlawanan bola sepak sekolah-sekolah menengah agama Semalaysia.EH,sila jangan buat spekulasi liar di sini ya.

Apapun sepanjang perlawanan tadi,ada beberapa perkara yang agak menarik untuk aku catatkan:

1.Ya,tajuk utama adalah Fahmi.Beliau sangat cekap dan tangkas.Berapa kali Indonesia dok asak-asak dia,tapi mantain cool je beb.Sapa yang tengok sejak awal tadi,akan perasan ada jugak sinaran-sinaran laser ditujukan kepada beliau.Tapi coooool je adek Fahmi kita ni.Tak macam si Marcus yang mengada-ngada kat Bukit Jalil itu hari.

2.Safee sali juga hebat.Beliau adalah opportunity grabber,juga seorang risk taker.Tula hengkau Marcus dok rilex sangat depan gawang tu.Sekali datang satu hengkau,gol terusss

3.Penyokong Indonesia TAK SETERUK yang digambarkan melalui komen-komen di forum-forum mereka,dan juga di Facebook.Kalau ko baca komen2 diorang rasa macam nyawa malaysian players di hujung tanduk je.Tapi tadi setakat aku tengok takdelah agresif sangat.Ke set-set tu dok bergebang je kat internet,tengok final guna live streaming je?

4.keseluruhan team Malaysia hebat,cuma mantapkan sikit la pertahanan tu.Senang-senang je hengkau kasi merah putih lepas depan-depan dekat dengan gol.Ni la aku rasa skuad yang nampak menyerlah(at least kat mata aku la,sebab selalu aku tak berapa berminat tengok Malaysia main sebenarnya.Sea Game dulu ada la layan sikit-sikit)

5.Team Indonesia pun harus dipuji,sebab tak lemah semangat,dan putus asa.masih gigih mencari peluang di saat-saat akhir.Takdelah mentang-mentang masa tinggal 2-3 minit,dah lemah,menyerah.High Spirit betul

Yang penting,sukan dibina atas landasan persahabatan,dan persefahaman.kalah menang adat bertanding.jangan sebab bola sebijik(dan err..beberapa bijik jugak),korang nak bergaduh berperang bagai macam kat komen-komen Facebook dan forum tu.Rilex sudeyyyy.

P/S:Aku khuatir esok akak cleaner yang berbangsa Indonesia itu tidak mahu tersenyum padaku seperti biasa.Oh,juga tukang amek order kat gerai-gerai makan.Erkk..jiran aku orang Indonesia jugak tapi aku tak heran sebab beliau jarang tegur aku,melainkan masa nak suruh aku amekkan bulu tangkis anak dia main badminton yang tercampak di rumah aku.


8 comments:

Najihah Kaspin said...

wakil maahad ke perlawanan bola sepak sekolah-sekolah menengah agama Semalaysia ek???...hahaha...saya suka wakil takraw maahad pada ketika itu...keh3...gataiii....=P

Sayer Best said...

wahahaha..payied memang :P

voltox said...

sy tgk td 2nd half..mcm tau2 je kn 2nd half baru masuk gol

msia main defensive sbb dah ada 3 gol dlm tgn..mana2 team pn mcm tu selalunya..

cuma mmg menarik la indon ni..wpun masa gol 1 tu dah aggregat 4-1..tp penyokong masih sorak lg..padahal masa tu mmg mcm takleh menang dah

amri yahya masuk je msia teruk..tu pndpt sy la..sama mcm game vietnam hrtu

apa pn yg bestnya..piala suzuki ni asalnya piala tiger..sbb tiger ni arak..jd dia tukar ke piala suzuki..tapi kat tepi padang siap ada TOTO lagi..apa pn sy sangka baik..tu TOTO selimut je..ahaha

apa pn..keeper msia mmg hensem la..mcm mzke sket2..

Sayer Best said...

voltox:wahhh..ulasan yang baik dari encik voltox.boleh la jadik pengulas sukan di RTM lepas ni..hehe
keeper?MZKE?meh bak gambar MZKE nak tengok mana yang samanya.heehe

shida (malas nk log in) said...

ayah aku pun kate amri yahya tu mencacatkan permainan...sebab dia ske men kasar kate beliau...

aku tgk masa mnt ke 76,smpatlah tgk Indonesia msk gol 1 lagi...nk dkt2 hbs giu...memule cam tkt nk tgk,kot2 la de rusuhan ke...pembunuhan beramai2 ke kan....
tp ble tgk,ok je...xdela truk sgt sprti yg digembar-gemburkan...

tadi tgk berita tv3 pnuh cite sal bola...dilambung2,dipuji2 mcm kan esok nak kiamat dan tiada lagi peluang utk bertanding bola sepak...
ingt lg dlu mase skuad kebangsaan ni asyik kalah je,sume tuding jari salah sape2...yg peliknya,org2 yg tah tau ke x men bola komen mrah2 mcm kan dia terrer sgt...skarng ni,dia gk yg bangga lbh2..hmmm~~~manusia....

apepun,tetap tahniah kpd skuad kebangsaan....
tahniah kerana berjaya mendapatkan cuti 1 Malaysia pada esok hari...
i syg u lebih la~~~

Wan said...

lor..ingatkan pasal lelaki mana tadi....huahuahua
tp ok ,nice entry gak...

Sayer Best said...

shida:betul,peminat bola sepak malaysia memang tak konsisten.Minat hanya apabila Mlysia nmpk menyerlah je.
tapi tadi aku tgk kt forum mne tah,orang dalam stadium baik2 je,tapi kt luar tu cm hape.hehehe
selamat bercuti hari ni~

dunaiku:Tq..hehe

Nuruljannah BadrulHisham said...

wei wanA: si elia tu pkai braces doh dlu.. skrang dah mantap dah rupa dia.. cunnn abes.. aku mahu apex 1 boleh..?? hihihi... tak dpt apex skuad harimau, dpat apex skuad SMAKJ pon jadi la.. ops.. ad ke apex lg kat skuad SMAKJ..?marah mas kalo bace comment aku ni.. cit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja