Monday, December 20, 2010

Setel nombor satu

Aku baru balik berkejaran dari kampung kesayanganku.Singgah lab kejap,balik rumah dan akan bergegas ke lab semula sebentar lagi.

Balik rumah mengada la kan nak cek email bagai.Mana la tau Perpustakaan Sultan Abdul Samad murah hati nak bagi e-mail overdue notice suruh pulang buku semula.Selalu beliau rjin bagi aku e-mail,aku kan rajin.Belek buku sampai pat puloh nam kali tak mau pulang-pulang.Fine!Besok aku pulan lah.

Jap lagi,ada satu mesej inbox.Eh.e-mail HR USIM rupanya.ni mesti result interview untuk fellowship hari tu.Sila RUjuk entry ini---->KLik sini

So,ini keputusannya

Salam,

Pertamanya tahniah kerana puan telah berjaya dalam temu duga tempohari. Sehubungan itu,surat tawaran telah siap dan mohon puan untuk maklum sama ada surat tersebut perlu dihantar melalui pos atau puan ingin mengambil sendiri di pejabat HR?

Terima kasih, wassalam. 

Aku macam...what the.....?Interview second sempoi pernah aku pergi kot,Interview paling sempoi yang fellowship UIA tu,yang aku datang lewat tu.Ni sempoi sebab tak prepare,malah aku dari lab pagi tu.Alhamdulillah(seraya berhenti menaip lantas berusha untuk sujud syukur,tapi takde air semayang,kejap lagi lepas tulis entri baru nak sujud syukur.Ceh buat benda baik nak tangguh-tangguh)

Bagi sesiapa nak tau mengenai skim ini,ia dinamakan Skim latihan akademik Bumiputera.Bagi setiap u dia ada nama lain-lain.Kira diorang support kau belaja,sampai Phd,then kau kena kerja serve baik punya dengan diorang.Bagus bukan skim begitu?Tak silap aku semua IPT ada,cuma kena rajin-rajin cek la web IPTA-IPTA tu.

Tapi sekarang aku tak sure nak terima lagi ke tidak,sebab ada dua benda lagi aku tengah tunggu.Kalau dua-dua tu pun dapat,maka perlu beristikharah jua.

Tapi kan,kalau terima offer ni nanti kan,kena jadi lecturer lak.
(Pejam mata bayangkan rupa paras aku sebagai seorang lecturer)

Arghhh.terasa macam mimpi ngeri pulak!Bukan mimpi ngeri bagi aku,tapi bakal students aku.

Nasib korang lah....

12 comments:

Duniaku said...

tahniah wana...ni dpt keja bhagian apa??

Sayer Best said...

ni bukan keja,tapi skim fellow siswazah.kira kena sambung master,tapi USIM support.Dia support study sampai phD.Pas abes study,kena jadi lecturer kt USIM

iDa_MutHiaH said...

congratzz wana!

gi je la ko kan nak blaja tinggi2 :)

Sayer Best said...

ida:thanks..tngk dlu pilhan2 lain.

amir baim said...

bagusnya,saya mesti pilih~

Sayer Best said...

hehe..tnggu bnd2 lain smpai dlu.then buat istikharah..insyaallah,allah tau apa yg terbaik

Anonymous said...

wiwitt!!cayalah wana..cngrats tau!!klu ko trime, jgn lupe tlg savekn 1 tpt utk aku plak..hahaha

::aniscomey::

Sayer Best said...

TQ Anis..hehehe
Wah men save-save,macam kan TNC tu member aku ngteh..wahahhaha

syasya(^*^) said...

Salam, saya nak tanya, skim fellowship usim ni bukak lg x skrg?
tQ =)

Khairul Anwar said...

Apa soalan2 panel dan apa jawapan2 yang diberi?

Sakinah Sk said...

Sakam akak. akak apply dulu2 tu kena ada IELTS dan pointer degree kena 3.5 ke atas ke? tkasih.

Sayer Best said...

Sakinah SK,tak payah ada IELTS.Pointer kalau atas 3.5 baru senang dapat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja