Credit Image:Beautiful Nara
Anda kenal dengan wanita ini.Bukankah beliau seorang yang cantik?
Kalau nak tahu,inilah Mulan Jameela,ala yang nyanyi lagu Makhluk Tuhan paling seksi tu.....
Alhamdulilah,dah bertudung dah,bukan setakat bertudung,bak kate orang Indonesia,berjilbab gitu...
Walaupun dalam blog-blog dan forum-forum gosip mengatakan bahawa beliau bertudung kerana menyembunyikan kehamilan,tapi siapa lah kita untuk menghukum seseorang.Niat dia bertudung,itu antara dia dan Allah,janji secara zahirnya,dia dah menutup aurat,memenuhi tuntutan agama.
Siapalah kita nak menghukum orang.apatah lagi melemparkan komen,
"alah..nanti bukak balik la tudung tu.tengok je macam kat malaysia,masa balik haji pakai tudung,lepas tu makin lama makin bukak pulak"
Sebab kata-kata doa begitulah,menyebabkan ramai artis membuka tudung kembali.aku rasa ada beberapa faktor yang menyebabkan para artis bertudung.
1.betul-betul insaf
Kalau diorang betul-betul insaf,memang nak berubah,sama ada diorang akan menjauhkan diri terus dari dunia seni,macam Wilma Muhammad
atau memilih genre yang bersesuaian,macam Wardina & Aisyah
2.Tekanan masyarakat
Ini biasa berlaku untuk para artis yang balik haji.Itu salah diorang jugak.Tak caya cuba ko tengok ruangan interview artis ke,nak2 yg sempena maal hijrah,ala yang masing-masing bertudung bagai,mesti ada soalan:
Tak rasa nak pakai tudung ke
jawapan:
sama ada:
-Biarlah ikhlas dari hati nanti
-Mungkin selepas kahwin,saya akan bertudung dan berhenti menyanyi
-Lepas naik haji
Itu yang mula-mula balik haji bertutup litup,makin lama makin terbukak.last-last tudung tak serupa tudung.
3.Fesyen
Semenjak Si Yuna tu naik,menderu-deru orang pakai tudung,which from one aspect is good,cause encouraging young women to wear Hijab,but in another aspect,it will ruin the meaning of Hijab itself.
sekarang fesyen tudung tgh 'in',tu yang semua pun berebut nak bertudung bagai,tanpa memahami falsafah brtudung itu sendiri.Tu yang timbul gejala sekarang,bertudung masih boleh bergaya,bertudung masih boleh bergelek di pentas,bertudung masih boleh bersosial.
Apapun,pada pendapat aku,jangan sesekali mempertikaikan niat seseorang itu bertudung,itu antara dia dengan Allah.Bertudung nak cover love bite ke(bak kata Ahmad Idham),sebab fesyen ke,sebab mak bapak suruh ke,kita bukan tuhan nak mempersoalkan semua tu.
tapi,tanggungjawab kita adalah,untuk menegur orang supaya bertudung secara yang sepatutnya.Itu tanggungjawab kita.Aku tahu aku pun tak sempurna dalam menutup aurat,malah masih ada niat tabarruj2 lagi,pastu kalau orang tegur pun masih banyak cekadak lagi.Tapi pernah dengar tak ayat
"Ketaatan bermula dari paksaan"
"Keras-keras batu,kena air pun lembut juga"
Jadik,in certain part,kita kena paksa diri kita sendiri jugak,dan org2 sekeliling pun kena participate jgk untuk tanggungjwab sosial kemasyarakatn ni.sayangi saudara seislam kita,takkan nak masuk syurga sorang2 kot.sama-samalh nasihat menasihati,tambahna bila ada org nak berjinak-jinak bertudung kan,support dia,ajar cara menutup aurat yg sepatutnya,jangan hanya pandai mengeji dan menghakimi.
Itu aje bebelan aku pada hari ni.Aku harap dan berdoa semoga aku akan lebih peka memelihara dan menutup aurat sepenuhnya.Amin....
1 comment:
amin.. :)
Post a Comment