Assalamualaikun,dan salam satu Muharam.
Alhamdulillah,melangkah ke tahun baru,semoga kita bertambah cemerlang menjelang tahun baru ini.
Seperti biasa,azam tahun baru tetap ada.Tapi tahun ni aku segan nak share..Hahaha..(bajet selalu ko share azam ko dengan orang,ko buatlah??)tapi,tujuannya mestilah ke arah kebaikan la kann..InsyaAllah,Allah akan permudahkan.Cepat-cepat aminkan cepat.
Jadi,resolusi azam baru aku ni,akan aku tampal tepi dinding,sebelah tempat aku landing.tampal dekat kertas post-it note sudeyy.Kira bangun-bangun pagi terus nampak azam itu,maka akan bersemangat lah.
Oleh kerana malam tahun baru hijrah,aku malas nak meroyan lebih-lebih,sebab pada aku permulaan tu biasa akan indicate pengakhiran(tak semestinya,just thru' my personal experiences je,setiap orang berbeza-beza kan).Jadik aku nak share sedikit amalan untuk menyambut tahun baru ni,(jangan pulak korang buat style orang putih sambut new Year lak,dah orang Islam,buat cara orang Islam.
1.baca Doa Akhir tahun(selepas asar hari akhir Zulhijjah).Semoga Allah ampunkan dosa-dosa untuk tahun lepas.
Klik untuk besarkan imej |
2.baca Doa Awal tahun(lepas maghrib 1 muharam)Tujuan:Agar Allah memelihara kita dari maksiat untuk tahun ni.
3.Berpuasa Sunat dari 1-10 Muharam.
4.Usap kepala anak Yatim.usap tu dengan penuh kasih sayang tau.jangan ko suka-suka hati lak tonyoh kepala budak tu.Kesian okeh.pastu jangan ingat semua yang ayah dah meninggal tu anak yatim.Ni mentang-mentang ko tau ayah Siti Nurhaliza dah meninggal,ko hentam dia tu anak yatim sekali,dan bercita-cita nak usap kepala beliau.mengada-ngada tu namanya.
Ni sesuai untuk budak belum baligh sahaja ya.
5.bercelak mata.Celak sahaja.Tidak termasuk pakai eyeliner+mascara+bulu mata 3 lapis ala Rozita Che Wan
6.memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
7.menziarahi orang sakit.
8.Menziarahi kaum keluarga
9.banyakkan bersedekah
10.membaca zikir (Hasbi yallahu wanikmal wakil,ni'mal maula wa ni'mal nasir)-sebanyak 70 kali
11.memuliakan fakir miskin
Sebenarnya banyak lagi amalan,tapi ni di antaranya.amalan-amalan ni jangan la korang terhad bulan Muharam je,bulan lain teruskan jugak.
Oleh kerana masa aku sekolah rendah dulu aku pernah masuk kumpulan nasyid buat persembahan maal Hijrah,maka aku akan letakkan lagu rasmi 1 Muharam dulu,kini dan selamanya.Komposer Malaysia,sila la kreatif buat lagu Muharam pulak.Ni lagu raya je melambak.lagu Muharam ni je selalu main dari aku tadika sampai la umur-umur boleh jadik mak budak tadika..hahahah
renung-renungkan dan selamat beramal~
No comments:
Post a Comment