Friday, December 31, 2010

I know what you did last ,eh silap,THIS year(part 2)

Peh..lagi berapa minit nak New Year,mari kita sambung part kedua

Julai

Aku menamatkan tempoh pengangguranku yang sementara di rumah,dan mendaftar sebagai pelajar master di universiti Putra Malaysia,Serdang.
Dunia baru,cabaran baru,dan segalanya baru.Time buat master ni dah takde kelas sangat,so amatlah kurang rakan sebaya ya.Tapi,Alhamdulillah boleh je survive sehingga hari ni,dah nak masuk sem dua dah pun.

Kat sini aku jadik macam kanak-kanak kecik time form one,tiap-tiap minggu nak balik rumah.Bezanya masa form one aku takde ekreta,so tak boleh balik sesuka hati.Sekarang dah ada kereta,apa lagi.tiap-tiap minggu kalau boleh nak balik.Perangai aku yang sakit rumah a.k.a homesick aku ada tulis kat entri ini:


Ogos

Puasa pertama di UPM,merangkap puasa pertama di rumah sewa.Nama je duduk rumah sewa,tapi malas masak.Rajin je carik makanan kat Bazar Ramadhan,atau makan secara free kat masjid.hahaha.Nak tau kat mana aku carik makan masa bulan puasa,boleh baca entri ini-->Jalan-Jalan Cari Makan

Nasib baik time ni kawan-kawan aku dari USIM datang untuk mengambil jubah konvo.So,kurang sikit bosan aku kat Serdang.Oleh kerana aku dah mahir selok belok Putrajaya(tempat kami konvo),maka aku bertindak sebagai pemandu pelancong,tunjuk mana Masjid Besi,mana PICC.


September

Raya,tapi raya tahun ni takdenya eksaited.Biasa-biasa je aku duduk kampung kutip duit raya.wahahah.Tapi tak banyak pun,sebab aku tak rajin zirah rumah orang,makan biskut raya sekeping dua,lantas buat muka saya-harap-mak-cik-faham-saya-takkan-blah-selagi-tak-dapat-duit-raya.

Bulan ni aku konvo,tapi aku pelik,kenapa aku takde tulis entri pasal konvo,sedangkan itu event yang sepatutnya aku eksaited,sebelum aku kawen.Pelik gila.Ke terlebih eksaited sampai terlupa nak tulis.Ini baru konvo,entah-entah masa kawen nanti,aku eksaited sampai lupa nak jenguk blog pulak.Haha.Oleh sebab takde entri,meh tengok sekeping dua gambar aku konvo:




Oktober


Menjalani hidup seperti biasa,bangun,tido,buat lab work tapi tak dapat result best,dan sebagainya.Tapi untuk mengisi masa lapang,dan menambah pengetahuan sebagai seorang wanita,maka aku ada menghadiri kelas membuat coklat.Cerita lebih lanjut boleh anda baca di entri ini dan gambar di sini.


November

Bulan ini aku mengharungi sebuah benda yang penting dalam kehidupan manusia pasca tamat pengajian,iaitu temuduga SPA.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam la,bukan interview jadik pekerja Spa buat facial,mandi rempah,sauna bagai.Aku dah tulis entri pasal ni.Nak baca boleh jengok kat sini


Disember


Bulan paling tensen,sekaligus menghasilkan entri paling banyak.Masih tensen sebab progress lab masih tidak bagus.oh,kasihan.Tapi sekarang macam dah nak OK je result.Doakan je lah.

Dalam ketidaktentuan perasaan ini,aku sempat juga menghadiri interview sebagai Fellow Siswazah USIM,dan lulus pulak tu.hahahaha.Alhamdulillah...Rezeki Allah nak bagi hujung-hujung tahun ini.Nak tahu lebih lanjut pasal bendalah tu.Aku dah tulis kat entri-entri berikut:



Okeh..sekian sudah recap 2010.peh panjang gila ko recap,atau sebenarnya,aku nak list entri pilihan@significant pada aku dalam 2010 ni.Hahaha...

Selamat tinggal 2010,selamat datang 2011

(eh..aku baru teringat,dekat list booking Incubator Shaker kat Lab Biotech,aku tulis tarikh booking 4-7/1/2010 laaaa.Abes weii abes,karang ada je yang rampas shaker aku tu atas alasan sudah lepas tarikh.Tidakkkkk)

P/s:Azam baru hanya akan ditulis selepas tahun baru,sekian,terima kasih

Kredit Imej:Facebook rakan-rakan.Aku kan kedekut nak keluar duit beli Kamera canggih

I know what you did last ,eh silap,THIS year(part 1)

Semorang sibuk nak menulis pasal azam baru dan recap 2010,bak kata shida Himawariku.Oleh kerana aku sibuk lagi penyibuk dan kuat menyibuk,maka aku juga ingin berbuat demikian.Apatah lagi dalam tahun ini aku menghadapi 3 fasa berbeza

Januari-April-->Pekerja(masa ni aku praktikal kat pejabat pertanian.Kira pekerja jugak la kot)
Mei-Julai------>Penganggur
Julai-Disember-->Pelajar

Peristiwa Sepanjang Tahun yang agak sukar dilupakan

Januari

Tahun ini aku sambut New Year dekat rumah.Takdelah sambut,setakat duduk depan TV tengok movie,sambil makan biskut cicah air kopi.Macam gitu je.Time ni aku praktikal kat Pejabat Pertanian Batu Pahat.Rasa pergi keempat-empat cawangan pejabat,sambil menjelajah kilang-kilang makanan,dan IKS-IKS.

Tahun ini adalah tahun kematangan sebab aku sudah banyak bergaul dengan mak cik-mak cik di pejabat.Jadi,sila jangan segan-segan untuk menjadikan saya sebagai menantu ibu anda kerana saya memang suka bergaul dengan mak cik-mak cik.Malahan,aku ada membuat entri untuk memudahkan kehidupan ibu-ibu anda iaitu entri ini:


Februari

Bulan ni memang ada peristiwa besar iaitu aku EKSIDEN.Ini memang tak boleh dilupakan.Alhamdulillah,Allah memanjangkan umur aku,dan memelihara kesihatan aku walaupun aku mengalami eksiden yang dasyat.Serius dasyat sampai Kereta Wira aku jadik macam lempeng.Wahaha..Nak tulis pun macam tak sampai hati rasanya dah.Kalau nak tengok detail,boleh baca entri ini:

Accidentally Accident ver.kereta aku sudah menjadi lempeng

Aku carik gambar kereta Wira aku tak jumpa lak.Ada gambar bonet je.
Sila fokus pada beliau,jangan pada anak dara berdua ini

Mac

Bulan ni aku pergi praktikal drive Vitara mak aku,yang berenjin transisi Manual.Jangan kata aku tak pandai drive manual,pandai okehh,cuma termati enjin kat Trafic light je.wahahaha...Macam mana lah aku boleh dapat lesen,sekali test pulak tu!

 

Dalam bulan ni,aku ada menulis satu entri kontroversi,yang menyebabkan aku terpaksa memprivate blog buat sementara kerana ada entri yang menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.Maaflah ya,aku ni memang laser sikit dalam blog,kat luar aku sopan santun dan sedikit lemah lembut.wahaha

Entrinya adalah ini:

Aku terima nikahnya

Entri yang timbul akibat kemeluatan aku melihat orang kemaruk nak kawen.Hahaha...Bila tah aku lak nak kawen.Buat resolusi 2011.2012,2013 kot.hahaha

 

April

Bulan ni agak best jugak bagi aku,kerana mak aku telah membelikan aku kereta baru,iaitu kereta yang aku gunakan sekarang.Nama manja beliau adalah cik Atoz.Kalau korang rasa nampak kereta Atoz,kaler biru turqoise,nombor plat J** ****,sila la hormati beliau,dan memberi laluan hormat.


Tapi merasa sedih juga kerana terpaksa berpisah dengan Megan Fox,iaitu kereta Wira aku yang eksiden itu.Sedih weii.First car wehhh,banyak kenangan suka duka pahit manis asam laksa tau.Aku ada meluahkan rasa sedih itu dalam entri ini:

Sebuah Perpisahan

 

Bulan ni aku agak sibuk,dengan melalakukan pelbagai aktiviti,seperti menghantar Syahid ke Intec,pergi USIM amek transkrip sementara,dan menghadiri temuduga pertama di UIA,sebagai academic trainee,tapi tak dapat,sebab aku sengal.Resume pun tertinggal.Wahahaha..Tapi aku terlupa lak nak tulis detail interview tu dalam entri ni:

Kegiatan Bulan Ini

 

Mei

Bulan birthday aku ni.Tapi mana hadiah dari korang??MANA WEII MANA???Cepat kumpul duit dari sekarang untuk belikan hadiah birthday aku tahun ni.Tapi best sebab ramai yang wish di FB,handset,email dan face to face.Kebetulan pulak masa tu ada dinner fakulti a.k.a Mafast,dan lebih sweet sekali aku dapat cabutan bertuah pulak malam tu.Memang bertuah!




 

Bulan ni jugak aku menghadiri kursus kahwin,jadi sekarang aku boleh lah kawen.Lepas dah.Aku ada tulis entri pasal kursus kahwin tu dekat sini:Kursus Kahwin

 

Pada akhir bulan pulak,aku terpilih mewakili universiti ke Pertandingan Rekacipta dan Inovasi KEbangsaan.Takde lah menang,tapi bersyukur dapat menyertai pameran peringkat kebangsaan.Maklumat lanjut boleh baca kat entri ini:

Of my journey to Penang(part 1)

Of my journey to Penang(part 2)

 


Jun

 

Aktiviti pengangguran telah berlaku di rumah ya kawan-kawan.So,entri bulan ni macam caprut a.k.a merepek,dan tak banyak.Sebab bila kurang melihat dunia luar,maka jadik la aku ni kurang berfikir dan banyak merepek.Tapi ada satu entri ni dihasilkan akibat kebosanan,lantas aku rajin la mengexplore encik Google,iaitu entri ini:

The Magic of Google

bersambung selepas ini.takut panjang sangat pulak entri ni



Wednesday, December 29, 2010

Saya jarang blogging pasal LELAKI,tapi kali ini saya terpaksa

hahaha..tajuk tak boleh blah kan.Puas aku menahan untuk tidak menulis,tapi beliau sangat menarik minatku untuk menulis.Tak lain tak bukan adalah



Hai abang    adik  fahmi.Anda sangat bergaya sekali,menangkap bola dengan kemas.Tapi bolos jugak la 2 gol.Takpe dik,lain kali perbaiki sikit je,kira OK la tu.By the way,adik ni cute la.Nasib baik dah ada makwe.Melepas akak-akak kat luar ni.Wahahaha.Ni blog awek dia,cik Elia yng comel lote.-->tekan sini
(Nasihat seorang kakak yang kaki bangku kepada adik yang hebat menangkap bola.Ni mesti masa kecik-kecik pandai tangkap ikan guna tangan je kan)

Actually,aku bukan la kaki bola pun.wahahaha..Tapi biasa final mesti tengok la kan.Biasalah,kita kena tunggu klimaks,baru bagi tumpuan sepenuhnya.Tak gitu?Di samping itu kita boleh melihat players yang hot,aktif lagi cergas lagi bersemangat kelelakian.Saya suka lelaki yang aktif,sekurang-kurangnya mewakili maahad ke perlawanan bola sepak sekolah-sekolah menengah agama Semalaysia.EH,sila jangan buat spekulasi liar di sini ya.

Apapun sepanjang perlawanan tadi,ada beberapa perkara yang agak menarik untuk aku catatkan:

1.Ya,tajuk utama adalah Fahmi.Beliau sangat cekap dan tangkas.Berapa kali Indonesia dok asak-asak dia,tapi mantain cool je beb.Sapa yang tengok sejak awal tadi,akan perasan ada jugak sinaran-sinaran laser ditujukan kepada beliau.Tapi coooool je adek Fahmi kita ni.Tak macam si Marcus yang mengada-ngada kat Bukit Jalil itu hari.

2.Safee sali juga hebat.Beliau adalah opportunity grabber,juga seorang risk taker.Tula hengkau Marcus dok rilex sangat depan gawang tu.Sekali datang satu hengkau,gol terusss

3.Penyokong Indonesia TAK SETERUK yang digambarkan melalui komen-komen di forum-forum mereka,dan juga di Facebook.Kalau ko baca komen2 diorang rasa macam nyawa malaysian players di hujung tanduk je.Tapi tadi setakat aku tengok takdelah agresif sangat.Ke set-set tu dok bergebang je kat internet,tengok final guna live streaming je?

4.keseluruhan team Malaysia hebat,cuma mantapkan sikit la pertahanan tu.Senang-senang je hengkau kasi merah putih lepas depan-depan dekat dengan gol.Ni la aku rasa skuad yang nampak menyerlah(at least kat mata aku la,sebab selalu aku tak berapa berminat tengok Malaysia main sebenarnya.Sea Game dulu ada la layan sikit-sikit)

5.Team Indonesia pun harus dipuji,sebab tak lemah semangat,dan putus asa.masih gigih mencari peluang di saat-saat akhir.Takdelah mentang-mentang masa tinggal 2-3 minit,dah lemah,menyerah.High Spirit betul

Yang penting,sukan dibina atas landasan persahabatan,dan persefahaman.kalah menang adat bertanding.jangan sebab bola sebijik(dan err..beberapa bijik jugak),korang nak bergaduh berperang bagai macam kat komen-komen Facebook dan forum tu.Rilex sudeyyyy.

P/S:Aku khuatir esok akak cleaner yang berbangsa Indonesia itu tidak mahu tersenyum padaku seperti biasa.Oh,juga tukang amek order kat gerai-gerai makan.Erkk..jiran aku orang Indonesia jugak tapi aku tak heran sebab beliau jarang tegur aku,melainkan masa nak suruh aku amekkan bulu tangkis anak dia main badminton yang tercampak di rumah aku.


Sunday, December 26, 2010

1 jari tuding kat orang,4 jari cucuk mata sendiri

Situasi 1

Aku baca artikel pasal kahwin awal dalam IluvIslam tu.tak kisah la korang nak kawen awal ke,kawen umur patploh enam tahun ke,tapi the most attractive thing dalam artikel tu dan dalam komen-komen tu adalah:

"Itu Mentaliti barat,bagi orang Islam,yang utama rukun nikah je"
"Umat Islam sekarang ikut budaya barat,buat majlis kahwin nak grand je"
"Nikah je dh cukup.tak payah ikut Barat sangat nak kenduri-kenduri"

Okeh..funny.Sejak bila la barat dok kisah sangat reception besar-besaran,show-off hantaran sama harga dengan kereta Viva.setahu aku la kan,spesis belah-belah sini je kot yang beria nak buat wedding besar-besaran.Omputeh banyak buat closed ceremony je,jemput yang dekat-dekat je.

Situasi dua

Kawen lagi:Ni kawen Marion Caunter dengan pewaris Naza
Ya,tak nafikan Marion seksi dengan baju dia tu.Jap lagi kalau baca dalam gosip-gosip hiburan.Semua dok pakat kutuk Marion



"Apa ni.Pilih kapir jadik bini.Kompem tak boleh tinggal Minuman "anggur Merah" beliau tu"
"Ini macam seksi nak jadik bini.macam dah takde Melayu lagi ke"

Eh yang mengata jeles ke hape.Dok bisingkan Marion Caunter.Tu berapa ramai orang yang lahir-lahir Islam,artis atau bukan artis sama naik je,pakai lagi teruk dari si Marion tu.marion tu kira saudara baru.Ikut laki dia la nak didik dia.Ni yang islam sejak azali,pendidikan Islam PMR dapat A,pun sama naik jugak

Situasi tiga

Sikit-sikit konspirasi Yahudi.Macam segala benda nak dikaitkan,dulu Pokemon,last-last Upin IPin pun dia buat modal jugak.tak ke pelik perkataan sesingkat "Pokemon" pun boleh disalahtafsirakn bahasa ibrani la,apelah,jadik maksud "aku benci rasul".Pathetic sungguh.
Semua benda nak dikaitkan illuminati,semua duduk bawah selimut ketakutan.Padahal tak payah benda tersirat-tersirat,benda yang nyata ni dah cukup jelas dah keYahudIannya.
Sikit-sikit bolehlah,tapi kalau semua benda kau nampak macam Yahudi,tukar spek baru je la.silap-silap spek ko tu ada "Jews Sensor" kot semua benda nampak macam Yahudi

Kesimpulan

(pendek je kot)
Tak payah la semua benda nak tuding jari ke barat,ke Yahudi,bila nampak ada kepincangan dalam masyarakat kita.Ni tak,asal negatif sikit,tuding jari kat diorang.Memang la at the first place,diorang yang bawak budaya tu,tapi kat tangan kita sendiri la nak pilih apa yang terbaik,untuk diri sendiri.

"tak semua dari barat itu jahat dan tak semua dari timur itu baik"

Friday, December 24, 2010

Hijrah tapi bukan Tv al-hijrah

Assalamualaikum.
Semalam result PMR baru keluar.Rekod kot sekolah aku tahun ni.di mana 40 orang dapat 9A,dan 29 orang dapat 8A 1B.Giler hebat dah batch bawah-bawah aku ni.Macam budak2 yang dapat 9A ni dah boleh form dua kelas dah.
Zaman-zaman senior atas-atas aku dulu,nak jumpa yang 9A punya la susah.Adalah dalam tiga orang satu batch.Start senior atas aku dah mula ramai sikit 7 orang kot.batch aku berapa tah,ada la belas-belas.PAstu batch adik aku yang kembar tu dah start kebabom sampai 30 orang dapat 9A.batch bawah-bawah tu aku malas nak amek kesah,sebab takde adik aku.hahaha.Gila selfish.Bukan lah,tapi takde sumber nak tanya.Ni batch Syukur dapat 40 orang memang meletup.

Ni mungkin bagi sesetengah orang,lagi sekolah-sekolah elit mesti kata,eh apedehal 40 orang je.sekolah aku semua straight A,ada B tu macam teruk sangat dah.Sekolah ko lain,sekolah aku lain.Sekolah ko kerajaan bagi advantage,sekolah aku negeri je,cikgu pun tak cukup.Sekolah ko belajar basic subject PMR,sekolah aku wajib amek subjek sukatan arab,12 subjek.So,kejayaan yang pada sesetengah orang kecik,besar nilainya di sisi kami.Berkat usaha pelajar,dan tunjuk ajar guru-guru.

Ni naik ni mesti wujud fenomena di kalangan pelajar cemerlang ni,fenomena result-aku-best-so-sini-tak-layak-dah-bagi-aku.
Jangan tipu baii,aku dulu pun pernah rasa camtu.Masa PMR belajar betul-betul,lepas tu blah,carik ilmu kat tempat lain.Kirakan jadikan sekolah ni sebagai sandaran.Ya,dan PMR aku skor,juga aku ada dapat tawaran sekolah-sekolah lain yang lagi berprestij.Bukan aku tak tau,ramai je kawan-kawan yang nak just lepaskan PMR je,then keluar.Kira masuk sekolah tu time form 1 just sebab tak dapat tawaran sekolah lain yang lagi bagus,so sebab nak merasa jugak duduk asrama,then masuk sekolah tu.Kira jadikan SMAKJ sebagai sandaran je.Aku tak ngata orang lain k,ini memang hakikat sebenar diri aku sendiri masa mula-mula dulu.

Tapi lepas PMR,dapat tawaran sekolah lain.Tiba-tiba aku rasa sayang pulak nak keluar.Pulak tu ramai kawan-kawan yang dapat straight A pun da keluar.Aku fikir elok-elok,nak keluar ke tak nak.Aku sayang subjek arab aku,even memang la beban,tapi aku rasa ia macam kekuatan aku pulak.Aku sayang kawan-kawan aku.Aku sayang boyfriend aku,eh gila gatal form 3 dah ada boyfriend kan,tapi sekarang aku dah tak sayang dia la,hahahaha.Aku tak dapat bayangkan la suasana di tempat baru,apatah lagi sekolah yang aku dapat adalah sekolah dari form one dah ada.
Kalau dapat KISAS ke,atau mana-mana yang start dari form 4,aku OK lagi kot,sebab semua orang pun budak baru jugak.Tapi kalau masuk yang memang dari form 1 mesti payah,sebab diorang mesti de geng sendiri,dan budak-budak baru akan jadi terasing.

Aku buat istikhrah,aku fikir elok-elok.Last decision aku buat adalah tak payah keluar.Duduk SMAKJ diam-diam,study untuk Sijil Menengah Agama(SMA) dan SPM.Time tu berbulu jugak la hati,bila budak-budak yang dah keluar cerita keseronokan sekolah baru mereka,dengan guru-guru pakar,persaingan sihat,dan lain-lain lagi.
Lupa pulak nak cerita,masa masuk SMAKJ masa form 1,aku ingat lagi.Betapa orang-orang kat tempat aku memperlekehkan pilihan parents aku nak hantar aku ke situ.kata mereka

"dapat 5A UPSR,kenapa tak hnatar pergi MRSM?"
"Ni keluar nanti jadi ustazah je ke"
"SMAKJ?Sekolah apa tu?Sekolah arab pondok ke?"

So,after PMR,aku amek aliran sains.Aku nak buktikan aku pun boleh berjaya,macam kawan-kawan yang dah keluar,juga nak sangkal pendapat orang tempat aku,yang memperkecilkan skop,bahawa orang yang masuk sekolah agama,bidang pengajian mereka apabila tamat pengajian kelak,adalah bidang agama.Aku nak tunjuk,bahawa pelajar sekolah agama pun mampu shining kat bidang lain.

So,aku pun amek SPM la.Takdelah power sangat pun result aku,cukup-cukup la nak masuk matrix.Lepas matrix,aku pun amek Biotech masa degree,dan sekarang sambung belajar dalam biotech jugak untuk master.See,tak semua lepasan sekolah agama perlu berakhir dalam bidang pengajian Islam jugak,dan tak semestinya ko kena masuk sekolah sains untuk menjadi saintis.

Mungkin aku bukan contoh yang terbaik untuk budak-budak yang stay sampai form 5,dan cemerlang dalam bidang bukan agama.Tapi batch aku,berapa ramai yang dapat result best dalam SPM,dan cemerlang dalam pelbagai bidang,arab dan akademik.Ada yang amek prubatan,farmasi,kejuruteraan dan lain-lain lagi.

dan Alhamdulillah,keputusan aku untuk stay kat SMAKJ sedikit sebanyak mempengaruhi adik-adik aku.Daripada 5 orang adik beradik aku,setakat ni 4 orang abes belajar sampai form 5 kat SMAKJ.Dua daripada adik aku dapat straight A SPM,dan sorang lagi 10A 1B.result aku,even teruk berbanding diorang,tapi tetap jadik benchmark.Bak kata parents aku,setiap kali ada anak-anak kawan ke,sepupu ke,even adik-adik aku after dapat result PMR,"kak Long tu dulu stay sampai SPM,okey je result"

kesimpulan dari aku bebel panjang-panjang ni:
1.Aku bukan nak riak,just cerita pengalaman sikit-sikit je.
2.Aku bukan mengata semua yang keluar sekolah after PMR.Nak pindah tu pindah la,tapi jangan la mengutuk kami yang stay,mengutuk sekolah tempat ko pernah timba ilmu 3 tahun.dan membandingkan sekolah baru ko yang serba canggih tu dengan SMAKJ.tak perlu
3.Adik-adik form 2 dan 3 next year,juga form 1 yang baru nak masuk.jangan jadikan SMAKJ sebagai sandaran,mentang-mentang korang tak dapat SBP kan.Betulkan niat,insyaAllah korang akan berjaya

Itu aje bebelan aku yang panjang gila ni kan,terasa tua pulak dah.dah dekat 6 tahun tinggalkan zaman sekolah menengah...

Thursday, December 23, 2010

Mitos zaman kanak-kanak(versi dunia akademik)

Assalamualaikum..
Oleh kerana aku dapat offer fellow siswazah usim,di mana membuka jalan untuk menjadi ahli akademik(wahahaha..poyosss.padahal offer letter tak sampai lagi),maka hari ini aku berazam untuk menulis versi dunia akademik.Tapi memandangkan,kalau aku tulis pasal dunia akdemik pun akan jadi merepek,jadi aku berhasrat menulis entri yang betul-betul merepek,baru la puas hati kan.Tak best la uollss tu skema-skema.Nak tunggu aku menulis dengan skema,tunggu aku tulis journal nanti.Wahahaha..(Aku berazam kalau aku tulis journal,dan berjaya diterbitkan,aku akan publish journal tu kat blog.hadap la korang sampai muntah..hahahahahha)

Setelah menimbangtara topik-topik berkaitan,maka aku memilih untuk menulis berkaitan:

Mitos zaman kanak-kanak versi dunia akademik

1.Gelaran Profesor

Masa kecik-kecik,aku sering berpendapat bahawa profesor adalah orang jahat,tapi  berotak cerdik.Beliau pandai mencipta pelbagai senjata yang sering digunakan untuk menakluki dunia.kalau korang tak percaya,refresh balik cerita super hero zaman kanak-kanak.Kebanyakan musuh superhero adalah profesor yang gila kuasa.Tak yah zaman kanak-kanak la,the latest adalah Profesor Klon,dan profesor dalam cerita Megatik(kartun superhero RTM,dia tayang pagi-pagi pukul 10 gitu.eh kantoi aku layan cerita merepek)



Bijak manapun otak profesor jahat,tapi dia mesti macam clumsy ke,terburu-buru ke,dan last-last dapat ditewaskan oleh Superhero.Haaa,kalau yang sebelah superhero pulak,diorang punya advisor biasa 'Dr' je.
Setakat ni aku jumpa 1 profesor dalam kartun yang baik,iaitu prof dalam cerita Detective conan.

2.Siapa dapat lulus PTS nanti dapat masuk asrama penuh masa darjah 5

Ini bodoh punya mitos.Aku hari-hari tunggu surat tawaran asrama penuh lepas lulus PTS.Penat je aku belajar rajin-rajin bagi lulus.(rajin kah?Sapekah yang rajin merayap naik basikal sampai nak maghrib???).Kengkonon nak masuk asrama ah.
Jap lagi lepas UPSR masuk asrama,beria pulak nak balik rumah.Hari-hari nangis telefon mak aku,mintak nak keluar asrama,nak sekolah kat Labis.EH,tapi sampai form 5 lak aku tahan duduk sekolah tu.

Nasib baik hostel aku bukan macam ni

3.Kalau kepala kena ketuk,nanti otak jatuh ke bawah,pastu jadik bodoh

kalau orang ketuk kepala aku,tindakan reflex aku adalah mengetuk dagu aku pulak ke atas.Kira macam naikkan otak balik la.
Dulu aku masuk darjah 5,mentang-mentang aku lompat darjah(dan aku first sekali orang yang dapat lompat dalam sekolah,sama Izzani),cikgu campak aku kat kelas hujung sekali.Ni stok gengster ramai punya kelas.hari first masuk dah kena buli.Nasib darjah enam aku pindah kelas pertama,kalau tak mesti aku dah jadi ketua kongsi gelap ke,ketua samseng ke.

Dalam kelas aku tu ada ketua gengster yang paling ditakuti kat sekolah aku.Ada satu hari tu,camne boleh gaduh tak.Dia ketuk kepala aku.aku orang cubit ke,sepak tahan lagi.Ni dia ketuk kepala,kalau aku jadi bodoh camne,dah la tahun depan nak UPSR.lepas aku naikkan otak aku balik guna method ketuk dagu.Aku pergi tampar muka dia,pastu aku sepak dia punya 'tut' wahahha.nangis beb ketua gengster tu.Handal tak aku???Hahahha

Itu zaman dulu,sekarang aku dah insaf.Buat ketua gengster,mintak maaf la banyak-banyak.

4.Tak lulus UPSR=jadik orang tak berguna

Takut gila aku time tu kau tau.Cikgu aku la tu,memomokkan-momokkan.Padahal sekarang aku rasa macam chill beb,UPSR je kot.Ada je orang yang UPSR teruk,tapi PMR cemerlang.UPSR tu untuk tentukan sekolah je kot.Tapi sekolah manapun,kalau dah kau kepala lalok,tetap malap jugak masa depan kau.aku rasa semua budak darjah enam rasa macam tu kot.

Itu je kot,yang lain tak dapat recall lagi..Setelah aku teringat pemahaman aku yang sebegitu rupa masa kanak-kanak,aku amat la sedih kerana beranggapan sekelakar itu.Aku rasa dari kecik aku ditakdirkan untuk kelakar kot??

Tuesday, December 21, 2010

Awak,kalau minat saya,bagitau je.Tak payah nak stalk saya.Saya tau la klu awak tengok blog saya

Anda pernah mengalami masalah anonymous keji?
Anda takut majikan anda mengendap blog anda?
Anda nak tau adakah trafik korang selama ni memang tinggi,ke trafik tinggi tu sebab
anda syok sendiri lawat blog sendiri sampai pat puloh lapan kali?

Rilex...Ada penyelesaiannya.
Memperkenalkan..jeng..jeng..jeng



 1.Apa bendalah ni sebenarnya?

Bendalah ni adalah software untuk trace IP vistor,nak tau page mana dalam blog ko yang paling popular.Juga nak tau berapa lama orang visit blog kau untuk setiap kali dia masuk.mana la tau ko letak gambar cun sangat dalam blog,sampai peminat ko tengok page ko selama lapan jam.
Dia boleh track dalam maksimum 250,000 page loading(berapa kali blog ko dibuka) dalam sebulan.Hebat kan?

2.Apa beza bendalah ni dengan feedjit,bukan sama-sama track visitor ke?

Secara umunya,mereka adik beradik sepupu sepapat.Tapi statcounter ni macam best lagi la dari feedjit sebab:

  • Statcounter ni diletakkan secara invisible kat blog ko,manakala feedjit terpampang jelas.Macam aku even pakai statcounter,tapi letak jugak feedjit,maklumlah,aku nak menunjuk blog aku international.Tak caya tengok feedjit,banyak visit dri overseas,dari Spain,dari Cairo,dari Brunei...

           (Cis.niat keji)

  • Feedjit orang boleh hide lagi kedatangan mereka.Juga boleh tukar lokasi.Konon-konon nak international la,tengok page sendiri,so tukar lokasi ke London,United Kingdom,padahal surf dari Kokdian,Kedah
  • Feedjit track basic info,just lokasi(yang boleh ditipu tu),dari mana diorang datang(direct link ke),google ke,dari Facebook ke,dan pukul berapa diorang datang.Tu je
  • Statcounter lagi byk features,contoh:
      • keyword analysis(tau keyword apa yg org taip kt search engine,tbe2 jumpa blog ko)
      • popular page
      • ISP detail,nama penyedia interner yang usha blog korang,contoh Digi broadband ke,atau kalau tempat kerja korang pakai internet sendiri,dia boleh detect.Contoh aku surf dari UPM,akan keluar ISP aku,UPM campus network
      • Returning visit-ada tak orang bertubi-tubi bukak web ko dalam tempoh sejam
      • banyak lagi la.ko tengok la sendiri
3.Apa kelebihan tau bendalah ni semua?

Apa kelebihan kau cakap????Banyak okeh.terutamanya kalau ko kena serang dengan anon-anon yang melemparkan kata kesat tanpa batasan kat comment box korang.Caranya mudah aje,ko tengok waktu dan tarikh anon tu leave comments,then compare dengan data dalam statcounter.

Kelebihan kedua bagi mereka yang gila trafic la,tengok keyword activity tu,kau boleh manipulate bendalah tu.jangan tanya aku camne.Pandai-pandai susun strategi.

Untuk tujuan keselamatan pun boleh jugak,same case dgn anon yang mulut celupar yg aku dah terangkan kat atas.Misal kte ada orang buat ugutan bunuh ke,nak culik korang ke.Amek IP address beliau,boleh laporkan pada PDRM.

4.Wah..macam best!!Camne nak buat:

1.Bukak la web dia dulu.Jangan bukak blog aku lak.


2.Klik macam gambar di bawah.daftar cam biasa je la





3.dah berjaya dia akan kuar menu camni


Tekan Proceed &Add a project


4.dah berjaya.Dia akan kuar form suruh isi maklumat blog.macam ni ha


Yang bawah sekali tu(non-admin user access tu crucial).TIck la kalau nk orang lain nampak bendalah ni dalam blog korang.Untick klu nak letak invisible counter cm aku ni

5.pastu dia akan kuar menu camni


tekan button configure & install code

(penat lak.minum air jap)

okeh dah

6.Pastu dia akan tanya nak counter ni kuar camne.nak visible ke,invisible ke,ke kuar dalam bentuk button.Pilih ikut kesukaan sendiri.baca sendiri.malas nak printscreen da..hahahah.Tak ikhlas.takpe,korang paham je nanti.Klu tak paham BI,guna google translate tau..

7.Pastu next menu.Toksah banyak cerita.Korang pilih je pilihan atas sekali.Blogger/blogspot

8.next lagi,dia akan bagi kod,then bawah tu ada arahan pemasangan.Ikut je.Senang dan mudah

Tu cara register,ni dah register,nk masuk,tengok sapa ngendap blog korang

1.Log in kt ruangan belah kiri,yg mintak user name dgn password

2.Korang akan jumpa menu camni


Klik bar chart tu

3.tadaaa...siap dah.nanti belah kiri tu nampak tab statistics.Klik je mana2 yang korang nak tengok.Visitor path ke,visit length..hape hape je la



best kan,best kan.Cuba la try bendalah ni.Berbalo-baloi...Tapi yang ni free je,kalau nk yang berbayar boleh jugak.Apa beza yg free dan berbayar aku tak tau,sebab aku pakai yg free je.Takde keja aku nak bayar semata-mata bendalah ni

Sekian saja perkongsian ilmu saya yang tak seberapa ni.Next time kalau free la,aku ajar cara detect IP address dari email pulak..heheheh

Wassalam


Entri macam pendek tapi keji

Tak payah la leave mesej kat shoutbox aku

"Datang singgah kat sini"
"jalan-jalan tengok sini"
"Blogwalking here"

Sebab aku takkan tengok blog ko pun..wahahaha..Tengok tu tengok la.Kalau best len kali datang lagi.Tapi kalau sama tahap je dengan blog aku,yang bosan lagi membosankan,sekali tu je la aku datang.Jadi tak perlu la buang masa datang blog aku sebab nak naikkan trafik sampai ribu ribu sehari,gi blog orang lain,promote link kat situ,untung-untung dorang jenguk dan follow.Hahaha.

Aku selalu jugak baca pasal blogger sombong,tak datang lawat balik blog orang.dan macam pasal "kenapa blog anda tidak popular".Out of 10 sebab dia bagi,biasa 8 kena kat aku macam tak rajin blogwalking,tulis entri tak best,tak rajin visit balik.Ya,blog saya tidak popular,dan saya suka ia tidak popular.Senang nak tulis apa-apa benda yang aku suka.Aku blogging pun bukan niat nak kejar trafik ke,kejar Nuffnang ke,apatah lagi nak popular.Kalau sebab nak glemer,dah lme aku berenti menulis,sebab dah 3 tahun aku menulis,tapi masih tak glemer,so what??Aku menulis for my own satisfaction,sebab aku suka.

Aku ni jenis kuat la jugak memikir,tapi bukan intelek,lebih kepada merapu punya idea yang gila-gila.Kadang-kadang bila idea dah ada,aku rajin nk expand pulak.kadang-kadang sampai tak boleh tido sebab teringat-ingat,terbayang-bayang.Dan aku pernah diberi nasihat oleh someone,tak payah nak pikir mendalam-dalam sangat.Buat apa yg ada kat depan dengan bersungguh-sungguh.Tu pasal certain parts and events,aku rajin luah kat blog.Apetah lagi klu ada orang respon kat idea-idea aku yg merepek tu,pengalaman yg aku lalui,aku sangat-sangat seronok.Kadang-kadang bila aku ada permasalahan,dan readers bagi suggestion,aku happy betul.

tapi aku memilih jugak la,tak semua benda sesuai nak luah kat blog,opss blog public.Certain masalah,bukan masalah kadang-kadang,tapi you know,kebahagiaan ke,kegembiraan ke,tak sesuai nak kongsi kat public.So,aku pun wujudkan la blog private.kat situ aku nak tulis apa-apa,nak memaki hamun lebih2 ke,eh takde la maki hamun,aku kan sopan,wahahaha.Maksudnya,benda yg tak suitable dishare untuk public,aku tulis dkt blog private.Sebab aku rse agak selamat la,melainkan ada org hack.wahahaha.Sbb tulis kt diari pn skrng tak selamat.karang mak aku bce lak.wahahaha

Aku memang suka menulis.Tu matlamat aku blogging.Aku ada diari since aku darjah 2,tahu?dan diari tu a bit more like my blog nowadays.Aku cerita idea-idea aku,kegiatan harian aku.sampai form 1 aku tulis diari.Tapi kat skolah menengah aku stop.Sebab pengawas senior-senior aku mse tu busy body.diari pun nak tengok mse spot check,so luahan-luahan hati aku tulis kt kertas-kertas berasingan.Satu tulis blakang note sains,satu luahkan kt buku ulangkaji sejarah.Tu pun ada jugak budak laki terjumpa,dan buat bahan,apa ke hal ko selongkar meja aku?Terjumpa notes aku kutuk ko tau lak bising.hahahaha.

Blogging untuk tambah kawan?Bukan matlamat utama kot.Tapi kalau ada yang nak berkawan,aku suka je.Tapi tengok org jugak la kot.sebab jenis aku,aku kurang percaya sikit dengan kenalan alam maya.Perempuan OK lagi nak dibuat kawan,tapi bukan lelaki.AKu kurang sikit nak kawan dengan orang yg kenal lalu Facebook ke,blog ke,malahan SMS sekalipun.Try hantar mesej nak berkenalan dengan aku lalu SMS.Memang tak berapa nak layan.jarang aku nak berkenalan dengan orang lalu sms.kalau ada pun,aku pastikan aku dan org tu ada mutual friend yang betul2 aku kenal.Sapa yg boleh berkawan dgn aku,kenal melalui sms je boleh rapat,dia patut berasa bahagia sekarang..wahaha..

Eh,tadi kata nak tulis pendek.jap lagi panjang pulak.takpela,panjang ke pendek ke,tetap keji.babaii

Monday, December 20, 2010

Setel nombor satu

Aku baru balik berkejaran dari kampung kesayanganku.Singgah lab kejap,balik rumah dan akan bergegas ke lab semula sebentar lagi.

Balik rumah mengada la kan nak cek email bagai.Mana la tau Perpustakaan Sultan Abdul Samad murah hati nak bagi e-mail overdue notice suruh pulang buku semula.Selalu beliau rjin bagi aku e-mail,aku kan rajin.Belek buku sampai pat puloh nam kali tak mau pulang-pulang.Fine!Besok aku pulan lah.

Jap lagi,ada satu mesej inbox.Eh.e-mail HR USIM rupanya.ni mesti result interview untuk fellowship hari tu.Sila RUjuk entry ini---->KLik sini

So,ini keputusannya

Salam,

Pertamanya tahniah kerana puan telah berjaya dalam temu duga tempohari. Sehubungan itu,surat tawaran telah siap dan mohon puan untuk maklum sama ada surat tersebut perlu dihantar melalui pos atau puan ingin mengambil sendiri di pejabat HR?

Terima kasih, wassalam. 

Aku macam...what the.....?Interview second sempoi pernah aku pergi kot,Interview paling sempoi yang fellowship UIA tu,yang aku datang lewat tu.Ni sempoi sebab tak prepare,malah aku dari lab pagi tu.Alhamdulillah(seraya berhenti menaip lantas berusha untuk sujud syukur,tapi takde air semayang,kejap lagi lepas tulis entri baru nak sujud syukur.Ceh buat benda baik nak tangguh-tangguh)

Bagi sesiapa nak tau mengenai skim ini,ia dinamakan Skim latihan akademik Bumiputera.Bagi setiap u dia ada nama lain-lain.Kira diorang support kau belaja,sampai Phd,then kau kena kerja serve baik punya dengan diorang.Bagus bukan skim begitu?Tak silap aku semua IPT ada,cuma kena rajin-rajin cek la web IPTA-IPTA tu.

Tapi sekarang aku tak sure nak terima lagi ke tidak,sebab ada dua benda lagi aku tengah tunggu.Kalau dua-dua tu pun dapat,maka perlu beristikharah jua.

Tapi kan,kalau terima offer ni nanti kan,kena jadi lecturer lak.
(Pejam mata bayangkan rupa paras aku sebagai seorang lecturer)

Arghhh.terasa macam mimpi ngeri pulak!Bukan mimpi ngeri bagi aku,tapi bakal students aku.

Nasib korang lah....

Sunday, December 19, 2010

A morning with breast cancer survivor

Intro..
Jangan Bimbang tak merepek.Ada sikit-sikit kaitan dengan cerita

Fuh..aku lepas berurut ni.Sedap gila badan.Berlari-lari angin keluar dari badan aku melalui elemen sendawa dan kentut.Aku berurut dengan nenek sedara aku.Beliau memang pandai mengurut,bukan setakat mengurut anak dara tergeliat belakang macam aku ni,malahan beliau pandai mengurut untuk wanita lepas bersalin.Buat pengetahuan.nak kenal tukang urut power adalah:mereka pandai mengurut orang lepas bersalin,sebab nak mengurut orang lepas bersalin perlulah dilakukan dengan cermat,senstif dan berhati-hati,tapi berkesan.Urutan lepas bersalin juga berfungsi untuk mengangkat kembali peranakan ke tempat asal.

Okeh.Habis intro.Kembali kepada topik asal

Kalau korang dengar perkataan "Pesakit Kanser",apa yang korang bayangkan?

Kalau korang fanatik drama Indonesia ke,drama Melayu sendu senda ke,
ciri-ciri pesakit kanser adalah:

-Tinggal tulang terbaring atas katil tak bermaya
-Laki lari meninggalkan,apatah lagi jika isteri merupakan pesakit kanser payudara
-cakap sepatah sepatah macam nak putus nafas
-Anak dah ngendeng-ngendeng nak harta pusaka

Source:Cliptart Of



Itu stereotype je.Tengok balik intro.Siapa yang urut aku?

Nenek saudara aku,yang menghidap kanser payudara,yang baru menjalani kimoterapi dalam tahun ini juga.
FUh,kalau korang jumpa dia,korang takkan perasan punya.Dia urut aku sama power dengan sebelum dia sakit,dengar dia cakap takde terketar-ketar,malahan begitu aktif sekali.Malahan,nenek saudara aku ni sekarang menjadi sukarelawan MAKNA(Majlis Kanser Negara).Beliau akan bagi talk,bercerita mengenai pengalaman beliau menghidap kanser payudara,menjalani kimoterapi,dan kehidupan selepas payudaranya dibuang sebelah.

Beliau bukan siapa-siapa.Wanita kampung biasa.Bukan wonderwoman,bukan Arwah Datin Seri ENdon yang mendapatkan rawatan di luar negara.Hanya wanita biasa,yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan sahaja.

Banyak benda best aku borak dengan beliau.Antara beberapa tips dan pengalaman yang beliau ceritakan ialah:

1.Kalau anda mengalami simptom-simptom yang pelik-pelik,Sila dapatkan konsultansi dengan doktor secepat munkin.Kadang-kadang,ada sesetengah simtom yang kita rasa remeh,macam bijik-bijik di ketiak ke,sebenarnya petanda kepada penyakit yang berbahaya.Kalau boleh dapatkan rutin kerap untuk berjumpa doktor,3 bulan sekali ke,cek tekanan darah semua.Mana la tahu dapat mengesan awal penyakit-penyakit kronik.

2.Rawatan kampung ke,rawatan alternatif ke,itu pilihan terakhir okeh.Bukan merendahkan rawatan-rawatan tu,tapi rawatan kampung tu bersifat melambatkan kesan kanser terbabit.Actually,nenek sedara aku ni dah ada breast cancer since her 30's lagi,dia dapatkan rawatan kat kampung dulu.Lama tak sakit,last-last umur 50 tahun,kanser tu dah agak teruk berbanding dulu.

Jadik,1st seek medical advice,then untuk rawatan sampingan ke,baru lah amek ubat-ubat kampung ke,makan mengkudu mentah mentah ke,minum air peria tujuh jug ke.Ikut korang la

3.Pesakit kanser seharusnya bersifat optimis.Jangan sesekali jadikan sakit sebagai alasan untuk baring-baring je.Usahakan jalan untuk keluarkan peluh.Macam nenek sedara aku ni,beliau mengurut.macam aku baca dalam majalah tu,cancer survivor ni join kelas menari ke,aerobik ke.Jalani hidup yang aktif.

4.Sokongan keluarga itu penting.Ni laki-laki ni,mentang-mentang isteri korang breast cancer,terus berlari mencari perempuan lain.Kot ye,belas kasihan sikit la bang.Anak-anak pun sama,jangan dengar bapak korang kena kanser prostat,terus mintak tulis surat wasiat.Ada nak kena sambar petir ni.
Time macam ni la nak membaiki hubungan sesama keluarga.Pesakit ni kadang-kadang diorang ni fragile,jadi keluarga,rakan-rakan terdekat hendaklah membantu memulihkan moral pesakit kanser ni.

5.Jaga pemakanan,sebab kebanyakan penyakit bermula dari pemakanan dan gaya hidup.Kalau boleh,usahakan semaksimum mungkin untuk mencari sumber makanan yang organik.jauhkan makanan dalam tin,nak makan ayam carik ayam kampung ke.Wah,part ni susah.Takkan aku nak bela ayam kat dalam rumah sewa kat Serdang tu.Treat macam hamster kot?Nak beli ayam organik HPA takde duit pulak.Hahaha

Lagi 1,tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,kalau boleh,lima hidangan sehari,dengan lima warna berbeza.What???Banyak sangat ke lima hidangan sehari.Tak banyak.Sebenarnya,1 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah:

1 hidangan buah=
  • 2 potong buah bersaiz kecil(jambu air misalnya),atau
  • 1 potong buahd  bersaiz sederhana(epal ke limau ke),atau
  • 1/2 cawan salad buah
1 hidangan sayur=
  • 1/2 cawan sayuran dimasak,atau
  • 1 cawan sayur mentah(ulam-ulaman ke),atau
  • 1/2 cawan kekacang(kacang dal ke)
Kurangkan pengambilan:

  • daging diproses(sosej ke,nuget ke)
  • garam
  • Lemak tepu
  • Bahan pengawet
  • Alkohol(ni tak ramai benar orang Islam menogok arak,dah Allah larang,ada sebab la tu)

Banyak lagi aku borak dengan beliau,mengenai penjagaan dalaman wanita la.Tapi sebab tajuk ni berkaitan dengan cancer,nanti-nanti la aku tulis.Ceh dan dan nak kecewa la tu.Petua penjagaan kulit muka,awet muda semua ada,tapi aku tak rajin pulak nak amalkan.Hahahaha.
Oh ya,kalau boleh,korang join la sekali untuk menjadi sukarelawan makna.Jangan cakap macam ni
"Alah.Buat apa aku nak join.Aku,mak aku,nenek moyang aku,bukan ada genetik kanser pun"

No..jangan cakap macam tu.Kita tak tau apa yang bakal terjadi.Hari ni hari orang,mana tau esok hari kita pulak kan.Untuk keterangan lebih lanjut,korang boleh bukak web ni--->Majlis Kanser Negara



~Berikan Mereka MAKNA kehidupan~

Bukan setakat orang je nak ringan,blog juga mahu,tau?

Blog ada macam-macam,sama dengan manusia

Ada yang berat,Ada yang Ringan
Ada yang Kemas,Ada yang Serabut
Ada yang Pinky,Ada yang Military

Blogwalking adalah seronok,membaca pengalaman orang lain dari perspektif yang berbeza.Aku suka jugak baca  blog orang lain,ya dan aku jarang tinggalkan tapak-tapak kaki kesan kasut.

Ada sesetengah blog tu aku suka sangat penulisan diorang,cerita pengalaman masing-masing.Tapi masalahnya,kadang-kadang lambat bebenar nak loading.Sekaligus menghampakan aku sebagai pembaca sedikit tegar.Dahla kadang-kadang broadband buat hal.Kecewa ohhh.

Ok,jadi untuk mengelakkan blog korang dari diabaikan oleh aku(wah,hadap pulak nak aku tengok blog korang.Perahsantan betul),maka kita hendaklah mengambil langkah berikut:

1.Timbang Blog Dulu

Yalah,orang nak amek herbalife pun aku timbang berat,peratus lemak,peratus air semua dulu.Sama jugak dengan blog.Tapi jangan timbang Blog korang pakai penimbang Tanita lak.
Timbang pakai penimbang ni:------>iwebtool




Ringan bukan blog saya.Tengok Tuan lah...=P

2.Dah sedar blog korang tu berat,jangan la korang gi bersenam pulak.Nanti korang yang kurus,bukan blog.Eh,apa punya nasihat da.Senam tu senam la,tapi ia tidak akan berkadar songsang dengan penurunan berat blog.JAdi anda perlu mengenalpasti faktor-faktor yang boleh memberatkan blog anda seperti:

2.1 Widget Flash

Widget flash ni memang la nampak mencomelkan blog anda.Ala yang letak ikan-ikan la kat sidebar,pastu yang letak avatar bawah blog gamabar comel-comel(ada nama khusus dia,tapi tak ingat pulak),slideshow.
Cantik memang cantik,tapi kalau orang sampai orang nak bukak blog korang,tapi sambil loading tu dia sempat masak rendang,siap makan,siap masuk tandas,siap dah sendawa rendang sekali,korang rasa berbaloi ke widget cantik-cantik tu?

2.2 External Java Script yang berlebihan

Ni yang orang selalu buat yang snow-snow kat blog tu.Membazir ya kawan-kawan

2.3 Gambar dan video banyak sangat

Taulah korang semua kacak-kacak,cantik cantik,kalah Aaron Aziz dan Lisa Surihani,tapi perlu ke gambar satu entri sampai empat ratus lima puluh enam keping,melainkan kau buat blog photography ke.Pulak tu,setiap entri punya la kemaruk nak letak video.Tak perlu semua tu.

2.4 Template ada banyak sangat imej dari source luar

Biasa ni terjadik kalau korang amek template premade dari pelbagai web template blog percuma.Tak nafikan la cantik memang cantik,sebab banyak gambar-gambar,banyak kaler kaler.Tapi diorang host gambar yang terlampau banyak tu kat Photobucket,pulak tu mungkin imej untuk header dah satu fail,sidebar satu file,so lambat la dia nak panggil balik imej imej tu datang blog korang.Susah susah.


Jadik,kalau boleh hindarkan semua bendalah tu.Keep it nice and simple ya.

3.Seterusnya,ada beberapa langkah tambahan untuk melajukan blog korang.

3.1.Letak sikit je entri bagi setiap muka surat blog.Kira bukak bukak blog korang,cuma nampak 3 post bagi  page instead of 10 pages.

3.2.Letak butang Read More,apatah lagi kalau anda copy paste khutbah jumaat ke,teks ucapan perasmian acara merentas desa ke.


benda ni letak bawah paragraph yang korang nak tonjolkan tu.Nanti ada la butang read more.kena klik,dapat satu muka untuk entri tu terus

(aku selalu malas nak buat.takpe blog aku dah cukup slim melim.hahaha)

3.3.Resize balik gambar yang korang nak letak dalam blog.Ini tak,blog sekakngkang kera,nak letak gambar sebesar alam.sedar-sedar diri eh..hahaha

Sekian saja tips saya malam ini,harap blog anda juga boleh menjadi ringan lantas berlari laju di alam maya.

Bubye(sambil lambai tangan ala-ala ratu Universe)


Saturday, December 18, 2010

Tah hape hape

Assalamualaikum(baca nada prof Izi Haji Ali)

Selamat Hari Sabtu,dan salam 12 Muharam~

Cun tak blog aku..wahahaha..Tak cun pun korang kena cakap cun jugak sebab aku yang buat sendiri.
Memang tak cun kot pada pandangan orang lain,tapi pada diri sendiri,ia ibarat hasil yang tak ternilai.
Oh syahdunya.

Main edit-edit gambar ni macam terapi pulak rupanya..Kalau tau mau terperuk Photoshop aku dalam hard disk tu.Lama gila tak godek,HTML dengan CSS code pun aku banyak dah lupa.Padahal dulu punya la kemaruk aku main bendalah tu,main edit-edit profile Friendster,siap buatkan orang punya lagi tu..HUuuu


OK la,ni sapa-sapa nak suruh aku buatkan header ke,boleh la ya(permintaan dibuka weekend sahaja,kalau aku tak kuar foya-foya a.wahahaha.weekdays aku bz).

Upah:
-Seikhlas hati.Wahahaha.Aku nak buat style bidan Mak Esah.Cakap upah seikhlas hati,tapi orang hulur RM1 cakap,"eee..mana cukup ni.Penat mak Esah buang saka dalam badan anak".Bagi RM10 baru sengih lebar-lebar.

Tapi tak janji jugak,menunggu kelapangan kot.wahahahha.Bunyik tak ikhlas kah??

Yang aku perlukan kalau nak suruh aku buatkan,kalau aku free:
-Konsep yang korang nak:Girly ke,pinky ke,ala-ala militan perang ke)
-Transparent atau tidak:Transparent macam aku ni.Dia ikut kaler belakang dia
-Kalau boleh,gambar yang korang nak letak tu bagi la.

Tu je kot...

Wednesday, December 15, 2010

Perkara-perkara yang tak perlu nak murah hati nak share kat FB

Tadi aku baca  forum,jap lagi aku terjumpa la satu topik,berkaitan Facebook dan privacy.Kira diorang discuss la pasal benda ni.Aku rasa macam menarik pulak nak share dengan korang bendalah ni.

(wah..bertubi-tubi aku hapdet minggu ni.Padahal baru kena sound dengan prof tadi.wahaha.Takpe.minggu depan saya akan bertungkus lumus di lab pula.no hapdet-hapdet.)

Antara perkara yang JANGAN korang nak murah hati sangat share kat Facebook adalah:


Tuesday, December 14, 2010

Mari menari




Aku sekarang dalam fasa kemaruk Hindustan,sejak tertengok cerita Shah Rukh Khan yang aku post 2 entri sebelum ni.Serius kagum tengok pompuan heroin tu joget.Gila cam ringan kot badan dia.Melenting-lenting macam tilam spring Vono kot,entah aku tak pernah tido atas tilam Vono,cuba tanya Ziana zain,dia pernah la.Aku mampu tido atas tilam murah beli kat Carefour Alamanda je.

aku selalu kagum dengan orang yang pandai menari.Sebab tarian ni suatu benda yang memerlukan disiplin yang tinggi,selain bakat dan minat.Ingatan kena kuat sebab nak ingat step satu satu tarian tu.Susah okehh..Stamina kena tinggi,perghh memang berpeluh kalau menari.Tapi aku rasa bendalah ni fun,dan bergembira dalam menjaga kesihatan.

masa kecik-kecik,sekolah tadika ke darjah satu kot,aku pernah join juga.Tapi bukan tarian la,senaman aerobik je,alah adik beradik la tu.Tergedik-gedik kat padang skolah tadika.Masa tahap dua pun ada kot aku join,tapi macam tak berapa nak ingat la pulak.Oh ya aku teringat masa darjah lima aku pernah tercalon sebagai pelakon wanita terbaik.eh macam tipu sangat.Tapi aku pernah berlakon real gila jadik isteri mati suami,lepas tu suami dia kena seksa kubur(Lagu latar adalah "bila izrail datang memanggil"(masa sekolah rendah aku selalu tertukar antara malaikat Izrail dan Israfil,sebab tu subjek Tauhid darjah 3 aku dapat 98% sebab tertukar antara dua malaikat ni).Pelakon lelaki adalah adik aku,Syazwan.Watak dia adalah jutawan kaya tak semayang,pastu mati padan muka kena seksa kubur.

Okeh melalut

Masa sekolah menengah masuk Sekolah agama,so aktiviti menari tergedik-gedik tak wujud di sekolah ini.Sekolah aku amat mementingkan kawat ya,siapa-siapa lepasan sekolah aku dari 2002-2005,kalau interbiu pegawai kastam yang ada kawat-kawat tu kompem lepas.tak caya tanya bariah,Payied dan Sa'dah.(ko tanya je kat chat box blog dorang.spam je banyak-banyak...hahahahha(gelak syaiton))

Time ni aku rajin tengok Hindustan,muka ni kalau tak outing hari sabtu,kompem kau jumpa bertenggek kat bilik TV,siap guna kain batik nak buat cop space depan sekali ko tahu.Tapi masa junior kerap je kain batik aku buat cop tempat kena campak ke belakang-belakang.Kureng punya senior.Tapi takpe,masa aku dah senior menengah atas,takhta Hindustan aku kongker.Time ni aku letak kain batik takde sapa berani nak alih.BEgitu berkuasa rasanya.wahahaha

Masuk universiti kenal artis Jepun(arashi to be specific).Aku suka gila tengok diorang menari.Tapi aku rasa step dorang macam gila susah nak tiru.Macam suited for guys je kot.Girls boleh je sebenarnya,sebab Shida selalu buat.Tapi time ni aku rajin download video aerobic,pastu tiru.bergegar-gegar bilik aku,maklumlah badan macam anak badak ketot nak melompat-lompat.Terganggu tidur roomate aku di pagi ahad.Time ni pun aku kenal stacy.Dia punya dance step pun marvellous.Fuhhh..kagum kagum,macam tak ilang stamina menari sambil menyanyi.

Aku juga rajin mengikuti rancangan sehati berdansa.Bez2.Dari kayu-kayu laki dorang,boleh la nak bawak gi disco.Wakaka..Kejadah gi disco,tak la,dorng boleh apply kat rumah,just to make the relationship a little bit fun kan,tapi peserta Sehati Berdansa ramai jugak bercerai kan.Itu no komen.Jodoh pertemuan di tangan Allah.

Masa praktikal,belajar wondergirls punya dance.Aku masa ni boleh la follow steps lagu Nobody dengan so hot sikit-sikit.dance steps dia senang kot.Tapi kalau nak suruh buat sekarang,susah la.Kena refresh balik.

In short,aktiviti menari ni memang best.Kalau boleh nak ikut formal class jugak,bukan la tahap nak masuk pertandingan menari ke,jadik penari latar Stacy Adam bergabung meletup ke,just for own satisfaction,dan untuk fitness.Kalau boleh nak all women,tempat tertutup dan menjaga aurat wanita.

Tarian yang aku minat:

1.Zapin,nampak kelembutan budaya Melayu.Sopan santun gitu


2.Modern pop ala Korean and Japan,oh dan stacy juga

Aku suka beliau menari,macam getah yang dilentur-lentur.Plastic man kah?

3.Bollywood itu wajib!!!Dari darjah enam aku dah admire karisma menari dalam Dil To Pagal Hai

She is the best dancer ever!

4.Erkk.Belly dance boleh???Hahaha

Goyang Inul aku tak mau.Geli bulu roma aku tengok dia gelek.wahaha kantoi tengok goyang gerudi wehh!!Tahla pada aku tarian dorang tu bukan tarian berseni kot,tu macam tarian menggamit perhatian lelaki dengan gaya menggedik menggeletis je.

Sekian saja entri saya buat kali ini.Jom,mari menari!!!

Takde motivasi

Sebulan dua ni aku rasa macam kurang motivasi hendak buat labwork.Tapi aku buat jugak la.

Entah kenapa,rasa macam malas nak belajar,tapi nak keja.
Tapi ada ke yang nak amek aku keja???hahaha

Interview satu dah lepas,masih tak tau jawapan.berdebar-debar gila
dan mak aku tak bagi aku abaikan master ni,melainkan dapat kerja kerajaan atau badan berkanun.

At one point,aku rasa kadang-kadang seolah-olah aku tak tetap pendirian.Macam lalang.
Sebelum sambung master beria,budget nak timba pengetahuan.tapi bila mencabar sangat aku rasa macam nak give-up.Aku memang tak pernah down sedown ni macam orang bodoh gila.Gilerrr down ko
NI tengah mengumpul semangat semula,aku yakin aku boleh.

Ya Allah,mudahkanlah jalan aku,dan berikanlah aku yang terbaik dalam kehidupan.Kalau dengan meneruskan master ni aku lebih menghargai nikmatmu,permudahkanlah jalanku,researchku,
dan andai dengan kerja tu aku jadi hambamu yang lebih beriman,
permudahkanlah jalanku,berikanlah aku peluang pekerjaan.

dah.Balik sambung kerja korang.Entri ni takde apa-apa/Sekadar meluah isi hati.Ni kira baiklah aku tak luah isi perut.kan..kan...kan

P/s:weekend ni nak balik kampung.harap segala tekanan akan hilang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja